Powered By Blogger

Sunday, November 28, 2021

Anak Muda 🍁

 Aku musykil 

Melihat anak muda kini 

Keberangkaliannya sama sahaja 

Sukar tuk mencari 

Seorang dalam sejuta 

sepertiku 

Mungkin ada diluar sana 

Lebih atau kurang daripadaku

Tapi tidak ada yang sama 

Yang bijak itu rajin

Yang malas itu bijak 

ataupun 

Yang kurang itu rajin 

Yang malas itu kurang 

Terserah masing-masing 

Sememangnya aku kurang 

Tapi dari segi penjagaan,kekemasan ,budi pekerti dan sebagainya.. 

Tidak perlu dijelaskan lagi 

Aku amat menitikberatkannya 

Itulah diriku buat pengetahuanmu 

Sekadar mencoret bukan menunjuk 

Pagi-Pagi Buta 🍃

Di keheningan pagi 

Diselubungi kabus seakan-akan Tanah Tinggi Cameron

Aku bersendirian seperti kebiasaannya 

Turun ke dewan makan terlebih awal 

Adakah aku terlalu awal

Ataupun mereka yang lewat

Kehairanan sejenak 

Usai sarapan mengisi perutku yang kosong 

Aku mengaturkan langkah kesekolah

Ditemani cahaya lampu telefon bimbitku 

Bukannya apa 

Sudah lumrah sekolah ini gelap gelita

Cahaya lampu hanya menerangi aras bawah sahaja 

Bersyukur telefon bimbitku ada gunanya

Aku berjalan di lorong-lorong kegelapan

Menuju ke kelas seorang diri

Kebiasaannya akulah yang paling awal

Terlewat sedikit mungkin aku yang kedua 

Kubukakan pintu terkebil-kebil mencari suis 

Cahaya menerangi tatkala suis dipasang 

Setakat itu sahaja coretan kali ini 

Andai umurku panjang kita bersua lagi 


Saturday, October 30, 2021

Berbeza 🌻

 Mungkin dulu begitu, 

Sekarang begini, 

Tidak pernah ku menduga, 

Semua ini harus terjadi, 

Apa yang ku rasa sekarang, 

Ku tidak rasakan dahulu, 

Apa yang ku rasa dahulu, 

Ku tidak rasakan sekarang. 

Lihatlah betapa adilnya 

Takdir Sang Pencipta, 

Mengajar aku, 

Erti kebahagiaan dan kedukaan, 

Bukannya hidup sekadar goyang kaki, 

Tapi! 

Perlu ku rentasi seluas lautan pasifik, 

Mungkin saja aku berhenti, 

Atau mungkin aku meneruskan perjalanan, 

Terserah pada kekuatanku ,

Masih bisa menerima 

Atau berterus-terusan 

Menyalahkan-Nya ..

Nukilanku Buat Mu 🌿

 Sehari-hari hidupku begini, 

Kadang-kadang terasa kekosongan 

Mulai menjengah diriku, 

Menyedarkan aku betapa sepinya 

Hidupku tanpa mu 

Semenjak dikau pergi, 

Jiwa ini terasa kosong, 

Apa jua kebahagiaan pun tidak terisi 

Mungkin cuma sedikit, 

Tatkala guru mencurahkan 

Ilmunya dihadapan, 

Selebihnya hanya kedukaan. 

Mungkin ini sudah ditakdirkan .

Untukku mengenal erti kehidupan ,

Terselit kebahagiaan dan kesedihan, 

Sememangnya aku perlu pasrah, 

Menerima segala ketentuannya, 

Tanpa pernah mengeluh, 

Mempersoalkan, 

Mengapa dan Kenapa? 

Sunday, September 19, 2021

Senyumanmu ☺

Sejujurnya dia hanya terpaksa,

Memberi senyuman dikala duka,

Untuk mengaburkan mata manusia,

Adakah dia sudah bahagia ,

Ataupun sedang berdukacita .

Saturday, February 20, 2021

Kehidupan ini sementara 🍂

Waktu berlalu dengan pantas, 
Tanpa aku sedar,
Usiaku juga sudah menginjak, 
Makin lama makin berusia, 
Mungkin ajalku juga sudah tiba,
Walau cepat atau lambat,
Kematianku pasti menyusul. 

Tuesday, February 16, 2021

Seandainya ....

Seandainya kau tahu apa yang aku rasa,
Engkau tidak akan pusing bertanyakan tentangnya lagi.
Seandainya dunia ini tidak adil,
Maka ramailah insan di luar sana mengerti akan perasaanku ini.
Seandainya lelaki di seantero dunia ini,
seperti kamu!
Maka akan hancurlah wanita- wanita diluar sana.
Seandainya aku mendengar apa yang mereka bilang,
Nescaya hidupku akan bahagia seperti dulu. 
Seandainya masa bisa diputarkan,
Akan ku tebus dosa-dosa yang lalu.
Seandainya itu berlaku,
Maka bahagialah aku seorang di dunia ini.
Seandainya mimpi lebih indah dari realiti,
Akan kutidur sepanjang hari.