Sunday, November 28, 2021
Ratu Hatiku 🧡
Anak Muda 🍁
Aku musykil
Melihat anak muda kini
Keberangkaliannya sama sahaja
Sukar tuk mencari
Seorang dalam sejuta
sepertiku
Mungkin ada diluar sana
Lebih atau kurang daripadaku
Tapi tidak ada yang sama
Yang bijak itu rajin
Yang malas itu bijak
ataupun
Yang kurang itu rajin
Yang malas itu kurang
Terserah masing-masing
Sememangnya aku kurang
Tapi dari segi penjagaan,kekemasan ,budi pekerti dan sebagainya..
Tidak perlu dijelaskan lagi
Aku amat menitikberatkannya
Itulah diriku buat pengetahuanmu
Sekadar mencoret bukan menunjuk
Pagi-Pagi Buta 🍃
Di keheningan pagi
Diselubungi kabus seakan-akan Tanah Tinggi Cameron
Aku bersendirian seperti kebiasaannya
Turun ke dewan makan terlebih awal
Adakah aku terlalu awal
Ataupun mereka yang lewat
Kehairanan sejenak
Usai sarapan mengisi perutku yang kosong
Aku mengaturkan langkah kesekolah
Ditemani cahaya lampu telefon bimbitku
Bukannya apa
Sudah lumrah sekolah ini gelap gelita
Cahaya lampu hanya menerangi aras bawah sahaja
Bersyukur telefon bimbitku ada gunanya
Aku berjalan di lorong-lorong kegelapan
Menuju ke kelas seorang diri
Kebiasaannya akulah yang paling awal
Terlewat sedikit mungkin aku yang kedua
Kubukakan pintu terkebil-kebil mencari suis
Cahaya menerangi tatkala suis dipasang
Setakat itu sahaja coretan kali ini
Andai umurku panjang kita bersua lagi